Posts

Showing posts from January, 2024

TEKNIK PENGHASILAN RUANG

Image
Ruang menjadi sebahagian daripada unsur penting dalam penghasilan karya seni visual. Penggunaan ruang dimanipulasikan melalui cara seseorang pengkarya itu melihat dan kesannya kepada kita. Rajah berikut menunjukkan teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan unsur ruang.   1. Perubahan Saiz Rajah 1 Lai Fong Moi, Pagi Hari di Kampung, 1959, Cat minyak Koleksi LPSVN     2. Imej terang dan kabur Rajah 2 Khalil Ibrahim, Kampung Scene, Circa 1955 - 56, Cat minyak atas kanvas     3. Tindanan Rajah 3 Zaliha Shaari, Mid-West Horizon, 1990, Fabric Collage     4, Perbezaan warna  Rajah 3 Ching Huck Theng, The Good Old Days 1995, Cat minyak atas kanvas   5. Bayang-bayang Rajah 4 Ismail Mat Hussin, Musicians, 1976, Batik 6.Reka letak grafik Rajah 5 7.Garisan perpektif. Rajah 6  

PERKAITAN RUANG DAN PERSPEKTIF

Image
Ruang berkait rapat dengan perspektif. Perspektif ialah kesan ilusi objek dalam kedudukan arah mata dengan kaki langit. Perspektif dapat membahagikan tiga ruang dalam penghasilan karya jaitu, ruang tengah, ruang depan dan ruang belakang. Perubahan saiz, warna dan jarak berlaku apabila dilihat dari jauh. Semua garisan perspektif akan bertemu pada satu titik pusat, iaitu titik lenyap. Rajah berikut menuniukkan contoh perspektif satu titik lenyap dan dua titik lenyap. Rajah 1 : Perspektif satu titik lenyap Rajah 2 : Perspektif dua titik lenyap

FUNGSI RUANG

Image
Ruang mempunyai pelbagai fungsi dalam karya seni visual. Ruang fizikal ataupun ruang nyata membolehkan karya seni dilihat daripada pelbagai sudut. Interaksi antara karya seni dan audiens membolehkan pengalaman estetik berlaku. Audiens akan dapat melihat kualiti sebenar karya tersebut dari segi bahan, gaya, kehalusan dan mesej yang ingin disampaikan. Ruang ilusi ataupun ruang tampak pula berfungsi untuk memperlihatkan karya seni 21 seperti 3D. Antara fungsi-fungsi ruang adalah seperti berikut :  1. Ruang mempengaruhi warna dan saiz berdasarkan jarak. Rajah 1 Ung Chee Hwa, In The Morning Light, 2013, Cat minyak 2. Ruang dapat menampakkan jarak antara satu objek dengan objek yang lain. Rajah 2 Mokhtar Ishak, Kampung di Tumpat, 2001. Cat air 3.Ruang nyata membolehkan karya seni dilihat daripada pelbagai sudut. Rajah 3 Raja Shahriman Raja Aziddin, Harimau Berantai, 2006, Besi Koleksi LPSVN

JENIS RUANG

Image
  Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang nyata atau fizikal dan ruang ilusi atau tampak A. RUANG NYATA Ruang nyata ataupun fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ruang tertutup dan ruang terbuka yang berbentuk tiga dimensi (3D).  1.Ruang tertutup Ruang tertutup ialah ruang bagi kawasan terhad seperti di dalam bilik, dapur atau di dalam bangunan.   Rajah 1 :  Ruang bilik 2.Ruang terbuka Ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman. pantai dan sebagainya.   Rajah 2 : Kawasan tepi pantai   B. RUANG ILUSI Ruang ilusi pula boleh dibahagikan kepada ruang cetek, dalam dan rata yang berbentuk dua dimensi (2D).   1. Ruang dalam Ruang yang memperlihatkan kesan perspektif dan mempamerkan ruang hadapan, tengah dan belakang. Rajah 3 Yeoh Jin Leng, Sawah, Dusun, Bukit, Langit, 1963, Cat minyak Koleksi LPSVN   2. Ruang cetek Ruang yang kelihatan dekat dan terbatas. Rajah 4 Dzulkifli Buyong, Kapal Kertas, 1965, Pastel atas kertas Kolek...

DEFINISI RUANG

Image
Kita sentiasa berada di dalam ruang sesebuah tempat. Cuba perhatikan deretan objek berhampiran anda seperti deretan kelas, pokok atau tiang yang jaraknya semakin jauh dari anda. Mengapakah objek tersebut kelihatan semakin kecil? Adakah saiznya sememangnya berbeza? Tidak, itu adalah antara kesan ruang di alam nyata. Objek yang jauh akan kelihatan kecil walaupun sama saiznya. Konsep yang sama ini juga diterapkan dalam penghasilan karya seni visual. Nilai estetik sesebuah karya seni dari pelbagai sudut dapat dinikmati dengan aplikasi unsur ruang. Definisi :  Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di alam nyata dan karya seni visual. Ruang dalam seni visual merujuk kepada Kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara objek dan kedalaman sesuatu objek.