JENIS RUANG

 

Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang nyata atau fizikal dan ruang ilusi atau tampak


A. RUANG NYATA

Ruang nyata ataupun fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ruang tertutup dan ruang terbuka yang berbentuk tiga dimensi (3D). 


1.Ruang tertutup

Ruang tertutup ialah ruang bagi kawasan terhad seperti di dalam bilik, dapur atau di dalam bangunan.



  Rajah 1 :  Ruang bilik

2.Ruang terbuka

Ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman. pantai dan sebagainya.

 



Rajah 2 : Kawasan tepi pantai


 

B. RUANG ILUSI

Ruang ilusi pula boleh dibahagikan kepada ruang cetek, dalam dan rata yang berbentuk dua dimensi (2D).

 

1. Ruang dalam

Ruang yang memperlihatkan kesan perspektif dan mempamerkan ruang hadapan, tengah dan belakang.



Rajah 3

Yeoh Jin Leng, Sawah, Dusun, Bukit, Langit, 1963, Cat minyak Koleksi LPSVN

 


2. Ruang cetek

Ruang yang kelihatan dekat dan terbatas.



Rajah 4

Dzulkifli Buyong, Kapal Kertas, 1965, Pastel atas kertas Koleksi LPSVN



3.Ruang rata

Ruang yang terhasil apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama.

Rajah 5

Fatimah Chik, Gunung Series, 1999, Batik




Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK PENGHASILAN RUANG

PERKAITAN RUANG DAN PERSPEKTIF